Tipudaya ejen dengan menyihir pembantu rumah untuk dapatkan bayaran yang berulang daripada majikan .
Friday, 19 August 2011
Minyak Serbaguna Saraf
Merupakan produk rawatan bersepadu Saraf berasaskan minyak zaitun dari gred yang bermutu tinggi.Gabungan pengubatan Islam yang disertai aromaterapi menambahkan lagi sinergi sedia ada pada minyak ini.Saraf juga dihasilkan dengan menggunakan ekstrak minyak tumbuhan dan bunga-bungaan terpilih yang disahkan nilai tereuputiknya oleh perubatan moden.
Kelebihan minyak serbaguna saraf :
1 . Merawat penyakit dengan pantas melalui hiduan dan resapan ke kulit.
2 . Aroma yang menenangkan.Sesuai bagi menangani stress dan ketegangan
3 . Bersifat anti bakteria dan anti kulat.Sesuai digunakan untuk kesemua jenis penyakit kulit.
4 . Gabungan doa ruqyah pengubatan Islam
5 . Tidak melekit.licin dan lembut yang sesuai untuk tujuan urutan badan.
Pengedar dialu-alukan di seluruh negara.
Saturday, 13 August 2011
Produk
Minyak Serbaguna Saraf
Saraf sebenarnya bermaksud jalan atau laluan. Ia diadun bagi menangani sama ada penyakit jasmani atau pun rohani yang berkaitan gangguan makhlus halus. Saraf bertindak dengan meresapi deria hiduan selain menyerap ke tubuh pesakit melalui liang-liang lapisan kulit.
Saraf juga adalah produk daripada hasil kajian Sains dan Al-Quran. Ia menggabungkan elemen aromaterapi, perubatan alamiyyah dan juga perubatan Ilahiyyah. Aromaterapi ialah satu kaedah rawatan tertua di dunia yang wujud sejak zaman berzaman. Campuran minyak pati tumbuhan dalam dos yang tepat berserta gabungan terapeutik yang bersesuaian akan menjadikan sesuatu produk aromaterapi itu lebih berkesan dalam menangani setiap masalah. Aromaterapi mementingkan kesan bau dan hiduan.
Menghidu lebih berkesan daripada cara lain. Umpamanya seseorang itu tidak perlu memasukkan gas ataupun racun ke dalam tubuh badannya. Cukup dengan sedikit terhidu gas ataupun bahan beracun seseorang itu boleh tidak bernafas atau langsung menemui maut. Ujian makmal juga menunjukkan minyak herba adalah 50 kali lebih berkesan berbanding pengambilan herba itu sendiri kerana minyak herba mengandungi molekul yang tersangat halus yang mudah dan cepat untuk meresapi sel tubuh badan berbanding dengan pengambilan herba yang terpaksa melalui proses penghadaman serta pengekstraktan nutrien yang lama.
Tidak sepertimana lain-lain jenis minyak, zaitun adalah salah satu minyak tumbuhan istimewa. Walaupun ia bersifat Alamiyyah , tetapi juga berunsur Ilahiyyah kerana pohon yang hanya tumbuh di kawasan Mediterranean ini sering diulangi di dalam Al-Quran dan Hadith sebagai pohon yang memiliki banyak kebaikannya. Dalam satu surah berbunyi :”…minyak dari pohon yang banyak barakahnya (iaitu) pohon zaitun..” (An-Nuur : 35) Demikian juga dalam salah satu hadith Rasulullah S.A.W, bersabda :”Gunakanlah minyak dari pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun..’(Riwayat Imam at-Tabrani)
Orang-orang greek dahulukala juga dalam menyatakan kepentingan yang tidak terhingga minyak zaitun ini dalam kehidupan mereka pernah menamakan minyak ini sebagai ‘liquid gold’ ataupun cecair emas.
Saraf turut menggunakan minyak zaitun daripada gred yang terpilih yang bebas daripada minyak pembawa yang diproses secara campuran kimia ataupun yang dihasilkan melalui penggunaan bahan api. Kajian yang dibuat oleh pakar-pakar luar negara termasuk seorang penyelidik bernama Dr. Henrick E daripada Copenhagen University Hospital mengesahkan bahawa minyak zaitun terutama yang masih tulen kaya dengan bahan antioksidan seperti vitamin E dan polyphenol. Bahan ini amat penting kepada sistem pertahanan sel badan dan sel-sel DNA khususnya dalam menangani kanser. Begitu juga dalam mengatasi masalah kardiovaskular atau masalah berkaitan jantung.
Saraf turut digabungkan dengan perubatan Ilahiyyah.Ia disempurnakan dengan pembacaan doa ruqyah ayat-ayat terpilah serta solat hajat. Ini bagi memastikan agar produk benar-benar padu dan berkesan dalam menembusi serta merawati segala jenis penyakit dan seterusnya membawa keberkatan kepada semua. Termasuk yang didoakan ke dalam produk ini ialah ayat-ayat berkenaan masalah urat saraf, masalah tulang, masalah kulit, masalah kolesterol dan lain-lain lagi ayat dalam mempertenagakan formulasi produk yang julung-julung kali ditemui di pasaran ini..
Saraf juga amat sesuai untuk dicuba kepada mereka yang bermasaalah seperti penat
lelah, kategori barah, pening-pening kepala, migrain, masalah dalaman dan luaran wanita, gangguan makhlus halus dan lain-lain lagi.
Selanjutnya apa yang diharapkan ialah mana-mana pengguna yang mencubanya akan mengambil produk ini dengan penuh yakin sambil berharap pada kesembuhan sebenar yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T itu sendiri. Inilah sebenarnya rahsia bagi segala kemujaraban dan tips bagi segala kesembuhan. Ini tentu mudah dicapai bagi hati yang benar-benar beriman yang percaya pada kemukjizatan Al-Quran.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
(Al-Israa’ : 82)
Rawatan Spiritual (RS)
Rawatan Spiritual ditumpukan khas kepada pesakit yang mempunyai tanda-tanda gangguan makhluk halus,Histeria,Penyakit misteri yang tiada bukti-bukti klinikal,Santau,
Aid,Gangguan di premis atau dalam rumah,Masalah Jantung,Demam panas,Lemah semangat,Masalah Zuriat,Barah,Resdung,Kayap,Penyakit kulit yang serius,Masalah mata,
Sukar tidur,Murung,Bayi menangis,Pendinding,Penerang Hati,Berubah tabiat,Penyakit baran dan lain-lain petanda gangguan.Kes ditangani secara rukyah, minuman dan
mandian air penawar Al-Quran.Begitu juga sesi khidmat nasihat pada penghujung rawatan .Rawatan Holistik ( RH)
Rawatan ini menggabungkan rawatan bersepadu seperti Urut tradisional,Terapi tulang belakang ( Fisioterapi ),Pengubatan Islam,Hijamah (bekam)
dan penggunaan herba serta minyak tumbuhan.Terapi ini disediakan istimewa kepada pesakit Lumpuh ,Masalah berkaitan Saraf, Kebas kaki
tangan,Darah Tinggi,Sakit Tulang belakang,Terseliuh,Masalah buah pinggang,Sakit Pinggang,Buasir,Gout,Sengal-sengal badan,Bisa Gigitan,
Bengkak,Lenguh-lenguh seluruh badan ,Migrain ,Pening-pening kepala,Masalah ,Sawan dan sebagainya.Khidmat nasihat turut diberikan
pada penghujung rawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)